24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

58 kes pemerdagangan orang sehingga Jun, 131 tangkapan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Sehingga Jun lalu, sebanyak 58 kes pemerdagangan orang telah diambil tindakan melibatkan tangkapan berjumlah 131 orang.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 37 kes adalah melibatkan eksploitasi buruh paksa.

“Bagi tempoh yang sama, sebanyak 142 kes penyeludupan migran telah diambil tindakan melibatkan tangkapan berjumlah 233 orang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan bersempena Mesyuarat Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MPO), hari ini.

Beliau berkata, dalam mesyuarat tersebut, MAPO memutuskan untuk terus mengambil inisiatif bagi memperkasakan struktur dan jawatankuasa sedia ada termasuk mengundang beberapa pakar bidang tertentu untuk membantu menambahbaik penarafan Malaysia dari semasa ke semasa.

Advertisements
WAN AHMAD DAHLAN

“Kerjasama yang telah terjalin dengan pelbagai organisasi lain seperti badan bukan kerajaan (NGO), pertubuhan masyarakat madani (CSO), pertubuhan antarabangsa, ahli akademik serta individu yang aktif dalam isu ini akan terus diperkukuhkan.

“Ia bagi memastikan isu ini dapat ditangani secara holistik melalui pendekatan whole-of-nation tanpa kompromi dengan mengutamakan keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Selain itu kata Wan Ahmad Dahlan, MAPO juga telah meyediakan Laporan Negara Mengenai Pemerdagangan Orang yang bertujuan untuk menerangkan inisiatif-inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan dalam usaha membanteras jenayah pemerdagangan orang di Malaysia.

“MAPO juga telah melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Mengenai Antipemerdagangan Orang (2021-2025) yang merupakan komitmen berterusan pihak kerajaan dengan disokong oleh NGO,CSO, pertubuhan antarabangsa termasuk perwakilan diplomatic asing dalam membanteras jenayah pemerdagangan orang,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan