32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Lepasi angka 400,000 dos suntikan vaksin sehari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CYBERJAYA – Sejumlah 421,479 dos suntikan vaksin COVID-19 diberikan, jumlah tertinggi pernah diberikan dalam sehari sepanjang Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), setakat semalam.

Menerusi hantaran di Twitter, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 264,034 dos pertama dan sejumlah 157,445 adalah untuk pemberian dos kedua.

Sebelum ini, jumlah tertinggi untuk pemberian suntikan vaksin COVID-19 dalam sehari adalah 376,909 dos pada 9 Julai lalu.

Advertisements

Kemajuan kadar vaksinasi harian di Malaysia yang kini melepasi kadar purata per kapita vaksinasi dunia, memberi gambaran negara berada di landasan yang tepat dalam usaha mencapai imuniti kelompok, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam. 

Beliau berkata, perkembangan itu membolehkan negara mencapai imuniti kelompok dalam masa terdekat dan seterusnya dapat kembali kepada kehidupan normal seperti sedia kala.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan