26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Ahli Parlimen terima peruntukan Program Bakul Makanan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Semua ahli Parlimen termasuk pembangkang mula menerima peruntukan sebanyak RM300,000 mulai hari ini bagi memperkasakan program Bantuan Bakul Makanan sedia ada.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan, ia bagi memastikan pelaksanaan yang lebih terangkum dan efektif kepada kumpulan sasar di seluruh negara.

Advertisements

‘’Peruntukan ini telah disalurkan kepada semua ahli Parlimen bermula hari ini. Bagi kawasan Parlimen Gerik dan Batu Sapi, peruntukan akan disalurkan melalui Pejabat Daerah dan Tanah Hulu, Perak, Gerik dan Majlis Perbandaran Sandakan,’’ kata kenyataan itu.

Peruntukan itu susulan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi memastikan program bantuan tersebut diteruskan dan dipertingkatkan bagi memenuhi keperluan golongan yang terkesan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan