32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, September 24, 2021

Jumlah kes harian semakin hampiri 7,000

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


CYBERJAYA – Jumlah kes baharu harian Covid-19 di negara ini, hari ini semakin menghampiri 7,000 dengan 6,988 kes.

Ia termasuk lima daripadanya adalah kes import, menjadikan jumlah kes positif sebanyak 758,967 kes.  

Jumlah pesakit yang sedang dirawat dan diasingkan juga terus meningkat kepada 65,453 kes termasuk 917 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 445 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.  

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes baharu harian Covid-19 yang berlaku adalah berikutan sebanyak 21 kluster baharu telah dikenalpasti melibatkan 11 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti dan satu kluster kumpulan berisiko tinggi. 

“Kluster berkenaan terdiri Kluster Dah Batik Industri Sungai Petani (35 kes), Kluster Dah Mawar Biru (12 kes), Kluster Dah Lima Industri Sungai Petani (34 kes), Kluster Industri MIEL Bayan Lepas (15 kes) dan Kluster Lorong Perusahaan Maju Lapan (sembilan kes). 

Baca juga:   Tip pematuhan SOP elak kena Covid-19, kompaun

“Seterusnya, Kluster Jalan Perusahaan Maju Lapan (sembilan kes), Kluster Jalan Perusahaan Maju Sembilan (13 kes), Kluster Industri Balakong Empat (23 kes), Kluster Industri Perusahaan Selesa Jaya (13 kes) dan Kluster Jalan Sin Chew Kee (sembilan kes),” katanya dalam satu kenyataan media, di sini. 

Selain itu, katanya, Kluster Kampung Telok Kemang dengan 31 kes, Kluster Jalan Industri Enam Jelapang (lapan kes), Kluster Kampung Tengah Tanah Merah (lapan kes), Kluster Kampung Redang Gunong (sembilan kes) dan Kluster Kampung Bagus (lapan kes).

Baca juga:   Padah simpan trofi tanduk rusa, lelaki warga emas ditahan

“Seterusnya Kluster Kampung Hutan Banggol (15 kes), Kluster Taman SP Mahang (lapan kes), Kluster Seri Semarak (72 kes), Kluster Nahaba 2 (27 kes), Kluster Dah Tanjong Setol (31 kes), Kluster Jalan Lagenda (18 kes) dan Kluster Jalan Residensi (29 kes),”katanya.

Jelas Noor Hisham, angka sembuh harian pula merekodkan sebanyak 5,580 kes dengan jumlah pesakit sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 688,260 kes. 

“Sementara, 84 lagi kes kematian Covid-19 dicatatkan pada hari ini, dengan tujuh daripadanya terdiri warga asing berusia antara 23 hingga 90 tahun,” katanya. – Edisi 9

Baca juga:   Permintaan minyak naik hasil vaksinasi secara agresif

Terkini

Kes rasuah RM1.25 bilion: Rosmah gagal gugurkan Sri Ram

CYBERJAYA – Datin Seri Rosmah Mansor hari ini gagal menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai ketua pasukan pendakwaan...

Lagi Artikel Berkaitan