31.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

468 kes bunuh diri Januari-Mei 2021, Selangor tertinggi

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9


CYBERJAYA – Sejumlah 468 kes bunuh diri telah direkodkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini.

Pengarahnya, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, Selangor telah mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 117 kes dalam tempoh yang sama.

“Manakala, Negeri Johor telah mencatatkan kes tertinggi, dua tahun berturut-turut iaitu pada tahun 2019 dan 2020 iaitu sebanyak 101 kes.

“Secara purata dua kes bunuh diri berlaku pada setiap hari dalam tahun 2019 sehingga Mei tahun ini,” katanya menerusi kenyataan media di sini.

Beliau berkata, berdasarkan rekod, kes bunuh diri yang dicatatkan pada tahun 2019 adalah sebanyak 609 kes manakala pada tahun 2020 sebanyak 631 kes.

“Sepanjang tempoh bagi tahun 2019 hingga Mei tahun ini, pecahan mengikut jantina adalah seramai 281 lelaki dan 1,427 wanita telah dilaporkan.

Advertisements

“Kebanyakan mangsa yang terlibat adalah berumur 15 hingga 18 tahun iaitu berjumlah 872 orang dan mangsa berumur 19 hingga 40 tahun pula seramai 668 orang,”katanya menerusi kenyataan media di sini.

Mengulas lanjut, katanya, siasatan mendapati tiga punca utama yang menyebabkan kejadian bunuh diri iaitu mangsa menghadapi masalah keluarga, tekanan perasaan dan kewangan. 

“Berdasarkan statistik, cara membunuh diri yang kerap berlaku adalah gantung diri dengan 75.1 peratus, terjun bangunan (13.6 peratus) dan minum racun (5.7 peratus),”katanya.

Sehubungan dengan itu, katanya, berikutan trend kejadian bunuh diri yang berlaku, semua pihak terutamanya masyarakat perlu bersama bertanggungjawab dan memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini. 

“Individu yang mengalami masalah seperti kewangan, kesihatan, tekanan perasaan, kemurungan, masalah keluarga dan sebagainya haruslah diberi bantuan serta sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menyeru individu yang mengalami masalah dan tekanan seperti yang dinyatakan di atas supaya mendapatkan bantuan serta sokongan daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat dan pihak-pihak yang menyediakan khidmat nasihat,” katanya.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan