26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Muhyiddin kurang sihat, masuk hospital terima rawatan

Mesti Baca

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimasukkan ke hospital akibat mengalami diarea sejak semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan media, hari ini.

“Pejabat Perdana Menteri ingin memaklumkan bahawa Perdana Menteri telah mengalami diarea sejak semalam.

“Sehubungan itu, beliau telah didaftar masuk ke sebuah hospital di ibu negara pagi ini untuk menerima rawatan dan pemantauan,” jelas Pejabat Perdana Menteri.

Advertisements

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendoakan agar Muhyiddin segera sembuh.

“Semoga PM8 cepat sembuh sepenuhnya,” katanya dalam laman Facebook beliau, hari ini.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan