26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kementerian Kesihatan perjelas status ProtectHealth

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ditubuhkan pada 19 Disember 2016 di bawah Kementerian Kesihatan.

Kementerian Kesihatan dalam kenyataan media hari ini berkata, ProtectHealth, sebuah syarikat tidak berasaskan keuntungan berperanan menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif berkaitan pembiayaan perkhidmatan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh Kerajaan.

Menurut kenyataan itu, ProtectHealth juga ditubuhkan melalui mandat Kabinet sebagai Pembeli Strategik untuk meningkatkan kualiti penjagaan kesihatan negara sambil memastikan kos penjagaan kesihatan yang munasabah.

“Tadbir urus entiti ini dipantau oleh Governance, Monitoring and Evaluation Committee (GMEC) di mana ahli-ahlinya terdiri daripada wakil Jabatan Akauntan Negara, Penasihat Undang-Undang, SPRM, Pejabat Menteri Kesihatan dan ahli akademik.

“ProtectHealth beroperasi menjalankan inisiatif dan program berkaitan penjagaan kesihatan sebagai penghubung dan pemudahcara dalam kerjasama awam-swasta.

“ProtectHealth berperanan membantu mengoptimumkan sumber sedia ada di samping meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan kesihatan,” kata Kementerian Kesihatan.

Advertisements

Pada 15 April 2019, selaras dengan mandat penubuhan syarikat itusebagai Pembeli Strategik, organisasi ini melaksanakan tugasan sebagai pentadbir Skim Peduli Kesihatan Kumpulan B40 (PeKa B40).

Bermula 12 November 2020, ProtectHealth dilantik sebagai pengendali Pembekal Perkhidmatan Elektronik (ESP) untuk Skim Perlindungan Insurans Kesihatan Pekerja Asing (SPIKPA) berdasarkan pengalaman dan kemampuan sebagai Pembeli Strategik Kementerian Kesihatan.

Pada 19 Februari 2021, ProtectHealth dilantik oleh kerajaan sebagai pelaksana penyertaan Pengamal Perubatan Swasta dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi Fasa 2 dan 3 untuk membantu kerajaan melaksanakan PICK dengan lebih efisien.

Syarikat berkenaan mempunyai lima orang Ahli Lembaga Pengarah iaitu Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (Pengerusi) dan Datuk Mohd Shafiq Abdullah sebagai wakil Kementerian Kesihatan, Datin Rosni Mohd Yusoff sebagai wakil Kementerian Kewangan, ohari Abdul Muid dan Nurhisham Hussein daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bebas.

Ahli Lembaga Pengarah ProtectHealth tidak menerima sebarang gaji atau elaun bulanan Lembaga Pengarah.

Pekeliling Perkhidmatan 3 tahun 1985 bertajuk Garis Panduan Mengenai Perlantikan dan Peranan Pegawai Kerajaan Sebagai Pengerusi, Ketua Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Awam, Syarikat-Syarikat Kerajaan dan Syarikat-Syarikat Kepentingan Kerajaan, jelas menyatakan bahawa penjawat awam dibenarkan untuk menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat di bawah Kerajaan termasuklah memegang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan