31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Beri kerjasama penuh siasatan PDRM, SPRM – Khairuddin

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Lembaga Getah Malaysia (LGM), LGM Properties Corporation (LGMPC) dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) diarahkan supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk melakukan siasatan sewajarnya.

Arahan itu dikeluarkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Difahamkan, siasatan tersebut adalah berkaitan dengan fitnah yang tular berhubung isu penjualan hartanah milik LGMPC.

“Arahan itu selaras dengan nilai integriti dan ketelusan yang selalu saya tekankan kepada semua pegawai di kementerian dan agensi di bawahnya,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Mohd Khairuddin memberitahu, berikutan fitnah yang tular bertujuan menjejaskan nama baik dan reputasinya serta agensi di bawah kementerian, kenyataan media menjelaskan fakta dan laporan polis telah dibuat oleh LGM dan LGMPC.

Pada masa yang sama, beliau menambah, barisan peguam telah mengeluarkan notis tuntutan guaman kepada pihak terbabit.

Advertisements

Hari ini, LGMPC meneruskan tindakan undang-undang dengan mengemukakan saman sekurang-kurangnya RM10 juta terhadap pengendali laman Facebook Sedar Malaysia setelah ia gagal memberi kenyataan permohonan maaf secara terbuka dalam masa 48 jam.

Perbadanan milik Lembaga Getah Malaysia (LGM) itu menyatakan demikian dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

Menurut LGMPC, ia merujuk kepada kenyataan dan tuduhan berbaur fitnah berkenaan salah urus tadbir, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa dan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi LGMPC yang telah diterbitkan oleh Sedar Malaysia terhadapnya.

Berikutan daripada itu, LGMPC telah memberikan tempoh 48 jam kepada Sedar Malaysia untuk menurunkan artikel berkaitan LGMPC dan memberi kenyataan permohonan maaf secara terbuka serta siaran permohonan maaf tersebut di saluran media arus perdana, media sosial dan laman sesawang terlibat melalui kenyataan media pada 31 Mei lalu.

“Namun, LGMPC mendapati Sedar Malaysia telah gagal memenuhi tuntutan tersebut.

“Sehubungan itu, LGMPC telah mengarahkan Tetuan Srihana Mohamad & Partners untuk meneruskan tindakan undang-undang secara terancang terhadap Sedar Malaysia bagi menjaga reputasi dan melindungi kepentingan LGMPC,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan