25.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

JPN siasat dakwaan warga asing miliki IC, terima BPN

Mesti Baca

TULAR dalam media sosial mengenai seorang lelaki warga asing yang memegang pasport Vanuatu mempunyai kad pengenalan dan lesen memandu Malaysia.

Lelaki terbabit didakwa mendapat kerakyatan Malaysia menerusi pintu belakang.

Malah turut tersebar yang mendakwa pemilik kad pengenalan itu turut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Mengajukan isu tersebut kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, seorang pegawainya berkata, amat sukar untuk mengesahkan sama ada apa yang ditularkan itu benar atau sebaliknya dalam masa singkat.

“Perkara yang tular ini tidak boleh dijawab sama ada betul atau tidak dalam masa setengah jam. Ia perlu disiasat dengan terperinci.

Advertisements

“Saya sudah serahkan kes ini kepada pihak Bahagian Siasatan Khas (BSK) JPN untuk membuka fail siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sejak beberapa hari lalu tular sebuah paspot milik lelaki warganegara Vanuatu tetapi kelahiran Shandong, China yang wajahnya mirip dengan seorang lelaki warga tempatan berdasarkan gambar pada kad pengenalan dan lesen memandu.

Lelaki terbabit didakwa sebagai warga China yang mendapat kerakyatan menerusi pintu belakang semasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Mengenai keputusan semakan status BPN terbabit, pegawai berkenaan yang enggan dikenali berkata, pihaknya memerlukan dokumen tambahan berhubung perkara itu untuk semakan.

Vanuatu adalah sebuah kepulauan di Lautan Pasifik, yang berhampiran dengan Papua New Guinea dan Australia sementara Shandong pula adalah sebuah wilayah di China. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan