28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Vaksin COVID-19 bukan punca kematian pegawai polis

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

KUANTAN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kematian seorang pegawai kanan polis, Asisten Komisioner Shariman Saidin berpunca daripada kesan pengambilan vaksin COVID-19.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abdul Jalil Hassan berkata, Allahyarham yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 3 April lalu.

Menurut beliau, punca kematian telah disahkan oleh doktor bertugas di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.

Advertisements

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika mengeluarkan sebarang komen atau kenyataan di media sosial agar dapat menghormati perasaan keluarga dan waris Allahyarham yang masih bersedih akan kehilangan orang yang disayangi,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Allahyarham yang berusia 56 tahun bertugas sebagai Timbalan Ketua Cawangan Khas (Pengurusan/Koordinasi) IPK Pahang.

pegawai polis
Berita palsu yang tular dalam Facebook baru-baru ini.

Penjelasan itu sekali gus menafikan dakwaan tidak berasas yang tular dalam media sosial kononnya seorang pegawai polis meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 yang diambilnya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan