28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Najib lega tohmahan jahat blog pro-PH terjawab

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lega apabila tohmahan jahat yang mengaitkan beliau dengan seorang artis wanita akhirnya terjawab.

Menurut beliau, laman-laman blog propaganda pro-Pakatan Harapan (PH) pernah mengaitkannya dengan artis wanita yang tidak disebut namanya itu.

Najib cuma berkongsi cetakan skrin serta pautan artikel yang diterbitkan Astro Awani bertajuk ‘Ziana Zain akhirnya buka mulut tentang gosip dengan VIP ternama’.

Beliau turut berkongsi cetakan skrin artikel bertajuk ‘Najib pernah ditangkap khalwat’ yang disiarkan laman blog Milo Suam.

Antara tulisan yang memfitnah Najib mempunyai hubungan sulit dengan Ziana Zain.

“Satu lagi tohmahan jahat terhadap saya terjawab. Dulu, blog-blog propaganda pro-PH pernah kaitkan saya dengan dia.

“Sumber maklumat sahih blog-blog pro-PH itu? Komen yang ditinggalkan oleh akaun palsu di dalam forum internet,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Advertisements

Memetik laporan Astro Awani, Ziana membuka mulut tentang gosip yang mengaitkan dirinya dengan seorang kenamaan sekitar pertengahan 1990-an.

“Orang akan cuba gosipkan kita dengan perkara yang kita tak pernah buat dan tidak terfikir boleh keluar.

“Saya ambilnya (dengan reda) selagi ibu bapa saya tahu saya siapa, saya tahu saya siapa!” jelasnya.

Sementara itu dalam komen hantaran tersebut, Najib dengan sinis berkata, beliau lega kerana ditohmah ada hubungan dengan Ziana dan bukannya Haziq atau mana-mana lelaki.

“Mujur tohmahan tersebut kaitkan saya dengan Ziana Zain dan bukan kaitkan saya dengan Haziq atau dengan Diva adik orang tertentu,” katanya. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan