Sunday, July 12, 2026

Kor Ming jual nama Najib elak desakan letak jawatan

Mesti Baca

MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menjual nama Datuk Seri Najib Razak sebagai alasan untuk mengelak desakan agar beliau meletakkan jawatan ekoran kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi DAP berkata, sebagai seorang peguamcara dan peguambela Mahkamah Tinggi Malaya, beliau perlu konsisten sepanjang masa iaitu mempertahankan kewibawaan sistem kehakiman negara.

“Jika Datuk Seri Najib yang mengakibatkan rakyat Malaysia kini terpaksa menanggung hutang 1MDB sebanyak RM51.4 billion boleh dilepaskan tanpa menjalankan hukuman yang setimpal dengan kesalahan walaupun sudah didapati bersalah, ia bermakna kewibawaan sistem kehakiman negara ini telah digadai dan prinsip kedaulatan undang-undang sepertimana yg termaktub dalam Rukun Negara juga tidak lagi dihormati.

“Sekiranya keadaan sedemikian berlaku, demi mempertahankan integriti sistem kehakiman negara kita yang tercinta, saya sudi letak jawatan sebagai anggota jemaah Menteri,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Dalam satu ceramah kempen PRN Johor baru-baru ini, Kor Ming dilaporkan berikrar untuk meletakkan jawatan menteri sekiranya BN menang besar di Johor dan Najib dibebaskan.

Beliau berkata, perkata itu tidak ada kaitan dengan soal peribadi, sebaliknya ia merupakan berkaitan dengan prinsip utama. 

“Saya kekal berpegang teguh dengan prinsip ini,” katanya.

Sebelum itu media melaporkan bahawa Kor Ming mengelak daripada menjawab soalan bertubi-tubi mengenai ikrar terdahulunya untuk meletak jawatan jika BN mencatatkan kemenangan besar dalam PRN Johor.

Beliau sebaliknya menyatakan bahawa keutamaannya kini adalah berkhidmat kepada rakyat.

“Hati saya benar-benar bersama rakyat. Saya dapat merasai kesakitan dan kesusahan mereka. Apabila saya datang untuk membantu, mari kita elakkan semua isu ini.

“Saya tahu matlamat anda (wartawan). Anda mempunyai tugas yang perlu dilakukan. Saya juga mempunyai tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

“Mari kita bekerja untuk rakyat dan negara. Fokus kepada kesejahteraan rakyat. Saya juga mempunyai tugas-tugas yang perlu saya selesaikan,” katanya.

Dalam PRN Johor semalam, PH mengalami kekalahan memalukan apabila hanya memenangi lapan daripada 56 kerusi yang ditandingi.

Daripada jumlah itu, DAP hanya berjaya mempertahankan lapan kerusi manakala PKR dan Amanah masing-masing satu kerusi. — Edisi 9

Terkini

Antara krisis keyakinan dan harapan yang makin pudar

PILIHAN raya merupakan medan paling jujur untuk mengukur tahap keyakinan rakyat terhadap sesebuah kerajaan. Tidak kira sehebat mana naratif...

Lagi Artikel Berkaitan