Tuesday, July 28, 2026

Bekas Hakim Mahkamah Tinggi, Abdul Halim ganti Azam Baki

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pelantikan itu selepas cadangan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Mesti Baca

BEKAS Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Seri Abdul Halim Aman dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuatkuasa pada 13 Mei depan.

Beliau menggantikan Tan Sri Azam Baki yang tamat kontraknya pada 12 Mei.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar memaklumkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim memperkenan pelantikan itu selepas cadangan dikemukakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat.

Menurut beliau, ia selaras dengan subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

“Kerajaan berkeyakinan bahawa dengan pengalaman luas serta integriti yang tinggi, beliau akan mampu memperkukuh usaha pemerkasaan tadbir urus, meningkatkan keyakinan rakyat serta memperhebat agenda pembanterasan rasuah demi kepentingan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Sultan Ibrahim bertitah akan memilih Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu bagi menerajui suruhanjaya berkenaan.

Titah baginda lagi, jawatan berkenan amat penting dalam memastikan SPRM terus berperanan secara berkesan sebagai institusi utama negara dalam membanteras rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Terkini

NREA 2026 terima 117 penyertaan, melibatkan 23 kategori

ANUGERAH Hartanah Nasional (NREA) Ke-18 anjuran Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) mengiktiraf 83 penerima, sekali gus meraikan kecemerlangan pengamal...

Lagi Artikel Berkaitan