Thursday, June 4, 2026

Perhimpunan Agung UMNO ditangguh ke Januari depan

Penangguhan tersebut bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang ditetapkan pada 29 November ini.

Mesti Baca

PERHIMPUNAN Agung UMNO 2025 yang dijadualkan pada 26 hingga 29 November ditangguh ke 14 hingga 17 Januari tahun depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, penangguhan tersebut bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 yang ditetapkan pada 29 November ini.

“Dengan penangguhan ini, diharapkan agar kepimpinan dan jentera UMNO seluruh Malaysia dapat menumpukan sepenuh tenaga dan usaha lmembantu Barisan Nasional (BN) Sabah bagi meraih kembali kepercayaan rakyat, untuk BN kembali mengemudi kerajaan demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengisytiharkan tarikh-tarikh penting bagi PRN Sabah Ke-17 yang mana 15 November ditetapkan sebagai hari penamaan calon.

Manakala 25 November sebagai hari pengundian awal sementara hari mengundi adalah pada 29 November 2025.

Pada 7 Oktober lalu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah setelah mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri, Tun Musa Aman.

Pembubaran itu sebagai tanda berakhirnya tempoh pentadbiran bagi penggal ke-16.

Untuk rekod, DUN Sabah menpunyai 73 kerusi untuk dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan