KONVENSYEN Pembaharuan Semula Bandar (URA) yang dianjurkan oleh UMNO membuktikan kesungguhan parti itu untuk memastikan pembangunan bandar berlaku dengan adil dan tidak menekan golongan yang terkesan.
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO mendengar keresahan rakyat tentang isu harga rumah, kos sara hidup, risiko pengusiran halus serta kebimbangan terhadap masa depan kampung tradisi dan tanah rizab Melayu.
Timbalan Perdana Menteri itu berkata, konvensyen inisiatif UMNO tersebut menghimpunkan suara rakyat, pakar, aktivis masyarakat dan penduduk bandar bagi meneliti implikasi URA terhadap masa depan komuniti bandar, khususnya Melayu bandar.
“Insya-Allah, UMNO akan terus memainkan peranan sebagai suara rakyat dan benteng perjuangan bangsa.
“Apa jua dasar dan undang-undang yang menyentuh kehidupan rakyat akan terus diteliti dengan penuh tanggungjawab demi memastikan pembangunan negara sentiasa berpaksikan keadilan dan kesejahteraan bersama,” kata beliau yang juga Timhari ini.
Konvensyen URA diketuai oleh Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ahmad Zahid turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang hadir dan mengambil bahagian dalam konvensyen tersebut.
Ini khususnya 11 orang pembahas yang mewakili pelbagai sektor, serta semua yang mengemukakan soalan dan pandangan yang bernas juga membina. — Edisi 9

