Friday, June 5, 2026

PLPB bakal lahirkan belia Orang Asli berkemahiran tinggi – Zahid

Kohort pertama anak-anak Orang Asli akan memulakan pengajian bagi memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3 menjelang akhir tahun ini.

Mesti Baca

PUSAT Latihan JAKOA Paya Bungor (PLPB), Kuantan, Pahang bakal melahirkan generasi muda Orang Asli yang berkemahiran tinggi pada masa depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Ahmad Zahid, PLPB kini kembali beroperasi dengan wajah dan nafas baharu setelah dinaik taraf dengan peruntukan RM30 juta.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, PLPB lengkap dengan fasiliti moden serta pengiktirafan sebagai Pusat Bertauliah di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran.

“Insya-Allah, menjelang hujung tahun 2025, kohort pertama anak-anak Orang Asli akan memulakan pengajian bagi memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dan 3.

“Dengan wujudnya PLPB ini, saya yakin lebih ramai anak muda Orang Asli akan tampil sebagai generasi berkemahiran tinggi yang mampu membina masa depan diri, keluarga, bangsa dan negara,” katanya hari ini.

Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian PLPB itu hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pusat latihan itu merupakan simbol harapan baharu bagi masyarakat Orang Asli, khususnya golongan belia untuk menguasai bidang strategik yang diperlukan industri. 

Pusat latihan tersebut telah wujud sejak tahun 1969 itu ditutup sejak Mei 2015  bagi laluan kerja-kerja bina baru dan naik taraf.

Pada 26 September 2024, PLPB telah menerima Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan bersedia menerima pelatih-pelatih baharu. — Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan