Monday, June 15, 2026

Gempak! Lebih 5,000 peminat 4×4 gegarkan Shah Alam

Acara itu turut jadi platform kepada anak muda, usahawan bengkel dan komuniti 4x4 tempatan untuk berkumpul, bertukar idea dan mempamerkan hasil modifikasi unik masing-masing.

Mesti Baca

PEKARANGAN Stadium Shah Alam  ‘berpesta’ dengan kehadiran lebih 5,000 peminat dunia 4×4 sempena acara sulung Truck Fighter 1.0 Meet & Show, semalam.

Program anjuran Zaki GM Garage Sdn. Bhd. itu menjadi tumpuan peminat kenderaan pacuan empat roda dari seluruh negara yang hadir seawal pagi, lengkap dengan jentera monster masing-masing.

Bukan sekadar pamer kenderaan, acara itu turut jadi platform kepada anak muda, usahawan bengkel dan komuniti 4×4 tempatan untuk berkumpul, bertukar idea dan mempamerkan hasil modifikasi unik masing-masing.

Ketua Pegawai Eksekutif Zaki GM Garage, Azmar Zaki Ayub, berkata acara tersebut lebih daripada sekadar show off.

“Truck Fighter 1.0 jadi medan untuk gaya hidup sihat dan aktif dalam kalangan penggemar 4×4. Malah, kita jemput wakil dari Thailand dan syarikat automotif besar untuk luaskan jaringan industri,” katanya dalam kenyataan.

Antara aktiviti yang mencuri tumpuan ialah pertandingan Show Off Time! dengan kategori menarik seperti Best Colour, Best Big Brake Kits dan Best Monster, selain pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pameran kenderaan.

Suasana meriah dengan sorakan, bunyi enjin mengaum dan ragam jentera yang dimodifikasi ekstrem, cukup membuktikan bahawa komuniti 4×4 di Malaysia makin berkembang dan jadi ikon gaya hidup baharu.

Truck Fighter 1.0 juga terbukti bukan sekadar acara permotoran, tapi satu fenomena yang menyatukan minat, keluarga dan komuniti dalam suasana penuh warna. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan