Thursday, June 4, 2026

UPSI hargai peranan media tingkatkan namanya di persada dunia

Medialah yang menjadi tulang belakang UPSI menerusi penyampaian berita dan laporan pelbagai program dan pencapaian yang diraih institusi pendidikan itu - Md Amin

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

UNIVERSITI Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menghargai peranan yang dimainkan oleh media sehingga membantu meningkatkan nama baiknya di persada nasional dan antarabangsa.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, medialah yang menjadi tulang belakang UPSI menerusi penyampaian berita dan laporan pelbagai program dan pencapaian yang diraih institusi pendidikan itu.

Beliau berkata,  UPSI amat bertuah kerana dikelilingi oleh sahabat media yang sentiasa bersama dalam menyampaikan berita dan laporan mengenai pelbagai program serta pencapaian UPSI kepada masyarakat umum.

“Saya tidak pernah lupa bahawa media ialah sahabat perjuangan kita. Mereka membantu membawa suara dan wajah UPSI ke seluruh pelosok tanah air, bahkan ke luar negara. 

“Inilah bukti nilai kepercayaan dan tanggungjawab yang dikongsi bersama,” katanya pada majlis Sambutan Hari Raya UPSI bersama Media dan Rakan Strategik di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut hadir Timbalan-timbalan Naib Canselor, dekan-dekan fakulti, ketua-ketua pusat tanggungjawab serta wakil-wakil media dan agensi strategik.

Sebahagian wakil media dan rakan strategik yang diraikan UPSI di Kuala Lumpur malam tadi.

Md Amin turut menzahirkan rasa bangga terhadap pencapaian UPSI yang kini semakin dikenali bukan sahaja sebagai universiti pendidikan unggul, tetapi juga sebagai pusat pembangunan holistik pelbagai bidang.

“UPSI hari ini bukan lagi hanya sebuah institusi, tetapi sebuah jenama pendidikan yang diyakini. Ia adalah hasil kerja keras semua dari segenap warga universiti, rakan strategik dan tentunya media,” katanya.

Dalam pada itu, Md Amin turut berkongsi perkembangan semasa universiti termasuk pembangunan kemudahan seperti UPSI Adventure Park, Scholar’s Suites, UPSI Sport City, kolam renang bertaraf Olimpik, Gelanggang Boling 24 lorong, Tasik Banjaran dan UPSI Glamping Park yang bakal siap tidak lama lagi.

Tambah beliau, UPSI juga bakal memiliki Dewan Solar yang akan dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 23 April ini.

“UPSI kini menjadi pilihan ramai selebriti tanah air untuk melanjutkan pengajian menerusi APEL, antaranya Datuk Nash (Lefthanded) dan terbaharu, Tomok,” katanya. – Oleh BAZLI RAZAK/Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan