Thursday, June 4, 2026

Unity Group sasar kurangkan 25 juta tan emisi CO2 di Malaysia

Mesti Baca

UNITY Group Holdings International Ltd, yang disenaraikan di Hong Kong, menerajui usaha pengurangan karbon besar-besaran di Malaysia, dengan sasaran pengurangan emisi CO2 sebanyak 25 juta tan melalui projek kelestarian mereka.

Inisiatif ini bukan sahaja menguatkan penerimaan kredit karbon global tetapi juga mempercepatkan peralihan ke ekonomi rendah karbon.

Dengan semakin mendesaknya keadaan untuk menangani perubahan iklim, Unity Group mengukuhkan peranannya dalam memajukan penyelesaian kelestarian global.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Group, Mansfield Wong berkata, syarikat ini percaya pada kekuatan tindakan kolektif dan falsafahnya, We Know, We Act mendorong mereka untuk mencipta penyelesaian yang menetapkan piawaian baru dalam industri.

“Kita mesti bertindak sekarang dan bersama-sama. Misi kami adalah untuk beralih dari pemanasan global ke penyejukan global melalui inovasi, kolaborasi, dan tindakan iklim yang bermakna,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dilancarkan pada Persidangan Hari Kredit Karbon Antarabangsa, Program Perintis Hijau Unity Group fokus pada pengurangan impak alam sekitar dengan pencahayaan ESG Ultra Cekap Tenaga yang menggunakan 75 peratus kurang tenaga daripada LED standard, tahan hingga 40 tahun, dan mempunyai kadar kerosakan hanya 0.01 peratus, merevolusikan kecekapan tenaga.

Selain itu, Program Green One Day dengan slogan Healthy Life, Healthy Earth menggalakkan penggantian hidangan harian kepada sayuran bebas racun perosak Shine+, mengurangkan jejak karbon sebanyak 50 peratus.

Manakala Teknologi Pertanian Dalaman Digital ESG menghasilkan hasil 250 kali ganda lebih banyak berbanding pertanian tradisional, dengan penggunaan sumber yang lebih rendah. 

Ia juga melancarkan Inisiatif Pengurusan Kredit Karbon yang membantu syarikat mengimbangi emisi dan membiayai projek mampan global.

Semasa persidangan tersebut, Unity Group memeterai kerjasama dengan Prof. Datuk Dr. Eric H’ng, pakar terkemuka dalam piawaian dan pengurusan kredit karbon. 

Beliau dilantik sebagai Ketua Penyelidik Unity untuk menyelia penubuhan dan penyeragaman rangka kerja Pengurusan Kredit Karbon syarikat itu.

Beliau juga merupakan Wakil Nasional & Pengerusi bagi Piawaian ISO dan Penasihat kepada Kementerian Teknologi Hijau mengenai Perdagangan Karbon.

“Unity adalah syarikat pencahayaan pertama di dunia yang melaksanakan Pengurusan Kredit Karbon, dengan pencahayaan ESG yang membolehkan tuntutan maksina tiga kitaran penggunaan dalam kredit karbon dalam tempoh 21 tahun. 

“Dengan Malaysia menduduki satu pertiga tempat teratas di Asia untuk penetapan harga kredit karbon, antara RM50 hingga RM80 per tan, harga ini dijangka akan berganda pada 2030.

“Syarikat perlu bertindak sekarang untuk mengimbangi pelepasan karbon, dan Unity mendahului usaha ini,” kata Prof. H’ng.

Sementara itu, selama lebih tiga tahun, Syarikat ini telah bekerjasama dengan Kerajaan Selangor dalam inisiatif ESG untuk menukar 6,000 bangunan strata kepada pencahayaan ESG Ultra Cekap Tenaga, demi Selangor yang lebih hijau. 

Usaha ini dijangka dapat mengurangkan emisi CO2 sebanyak 25 juta tan, bersamaan dengan penyerapan karbon oleh 630 juta pokok.

Unity merancang untuk mengembangkan Program Green One Day ke seluruh Selangor bagi mengukuhkan lagi usaha alam sekitar. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan