Friday, June 5, 2026

Sekolah Patriotik UMNO bentuk anak muda berani, berprinsip

Mesti Baca

SEKOLAH Patriotik UMNO bukan sekadar medan ilmu tetapi merupakan platform penting membentuk jiwa-jiwa muda yang berani, berprinsip dan istiqamah dalam perjuangan demi agama, bangsa dan tanah air.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sejak 1946, UMNO telah memperjuangkan kemerdekaan negara dan mencorakkan pembangunan dalam membangunkan negara bangsa.

“Perjuangan ini perlu diteruskan oleh generasi pelapis yang menjiwai agenda ini,” katanya kepada pelajar Patriot 1, Sekolah Patriotik UMNO di Menara Dato Onn, Kuala Lumpur semalam.

Seramai 50 pelajar terdiri daripada anak muda menyertai kumpulan pertama sekolah politik kendalian UMNO itu.

Asyraf Wajdi berkata, sekolah tersebut mampu melahirkan pemimpin yang berwibawa dan komited terhadap perjuangan parti demi negara bangsa.

Bagaimanapun berkata, perjuangan tersebut perlu didasari oleh niat yang suci dan benar.

“Keikhlasan adalah kunci keberkatan dalam setiap langkah yang diambil.

“Jika perjuangan kita didasari oleh niat yang suci dan benar, insya-Allah melalui platform sekolah patriotik ini mampu melahirkan lebih ramai pemimpin masa depan yang berwibawa, dan komited terhadap perjuangan UMNO demi negara bangsa,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan