Tuesday, July 21, 2026

Kedudukan Islam: DAP usah berkhayal nak pinda Perlembagaan

Mesti Baca

DAP usah berkhayal untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam kerana parti itu hanya mempunyai 40 kerusi di Parlimen.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ini kerana syarat untuk meminda perkara berkaitan kedudukan Islam dan orang Melayu, bukan sahaja mendapat sokongan dua pertiga atau 148 Ahli Parlimen.

Namun paling penting, kata beliau, perlu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja Melayu.

“DAP hanya ada 40 kerusi. Jadi boleh sekadar berkhayal sahaja jika mahu pinda Perlembagaan berhubung kedudukan Islam,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui yang mencadangkan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua iaitu khusus untuk Islam dan bukan Islam.

Langkah itu katanya, penting bagi memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini dan memastikan tiada pihak yang terpinggir.

Asyraf Wajdi juga mengingatkan bahawa bukan Islam dalam Kerajaan Perpaduan termasuk DAP telah menandatangani perjanjian untuk tidak sesekali melanggar Perlembagaan Persekutuan berhubung kedudukan Islam, keistimewaan Melayu dan Bumiputera, kedaulatan raja-raja Melayu dan bahasa Melayu.

Pada masa yang sama Asyraf Wajdi turut mengingatkan semua pihak untuk menghormati Perkara 3 Perlembagaan tentang kedudukan Islam dan raja-raja Melayu pemelihara Islam.

“Tiada keperluan Menteri Hal Ehwal Agama lain. Menteri Perpaduan yang patut jalankan kerja!

“Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa, Islam adalah agama Persekutuan (Perkara 3), tetapi ia juga menjamin kebebasan beragama untuk semua (Perkara 11), namun tiada peruntukan yang menyediakan tatacara khusus pengurusan agama selain Islam,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, semua pihak boleh memberi pandangan dan cadangan namun akhirnya Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara adalah pemutus segalanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan