27.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Tentera rampas hampir 3,000 karton rokok seludup

Mesti Baca

Hussaini Amran
Hussaini Amran
Hampir 15 tahun dalam bidang kewartawanan. Pernah menyertai Sinar Harian, Utusan Malaysia dan PN BBC Portal.

CYBERJAYA – Tentera berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok di sekitar kawasan Punggai dan Batu Layar, Kota Tinggi, Johor semalam.

Markas Divisyen Ketiga Infantri (3 Divisyen) berkata, kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu dikesan di sektor Op Benteng dalam kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri (7 Briged).

Menurut 3 Divisyen, anggota kumpulan ronda yang menyusuri lorong mencurigakan di kawasan tersebut telah menemukan satu longgokan besar yang ditutup dengan kanvas biru.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui sejumlah 50 bungkusan plastik hitam mengandungi pelbagai jenis rokok seludup pelbagai jenama.

Advertisements

“Pasukan telah mengaturgerakkan Pasukan Tindakan Pantas (QRF) ke lokasi untuk membuat penggeledahan dan penjejakan di sekitar kawasan tersebut telah menjumpai dua longgokkan lagi yang terletak 100 meter antara penemuan yang pertama,” kata 3 Divisyen dalam kenyataan media.

rokok
Anggota-anggota tentera memeriksa rokok seludup yang dirampas. Gambar ihsan 3 Divisyen

Kesemua barangan rampasan telah disahkan sebagai barangan seludup secara haram merupakan kartun-kartun rokok yang dibawa masuk dari Indonesia dan lokasi penemuan tersebut adalah tempat penyimpanan sementara sebelum dibawa masuk ke pasaran Malaysia.

Jumlah rampasan keseluruhan dianggarkan bernilai RM442,200 melibatkan 2,948 karton rokok.

“Kesemua barangan rampasan telah dibawa ke Pos Tanjung Sepan. Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Bayu Damai,” jelas 3 Divisyen. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan