29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Kartunis Ujang jawab tuduhan terima projek TV Alhijrah

Mesti Baca

CYBERJAYA – Kartunis terkenal, Ujang hari ini tampil menjawab tuduhan bahawa dia mendapat projek daripada kerajaan untuk TV Alhijrah.

Sebaliknya, Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon berkata, dia hanya bertindak sebagai pengacara dalam program tersebut kerana mempunyai pengalaman dengan aktiviti luar.

Menurunya, projek untuk TV Alhijrah itu adalah di bawah Adi Karya Sdn Bhd dan dia tidak mempunyai apa-apa kepentingan dengan syarikat terbabit.

“Saya dah tak lukis kartun politik hampir dua tahun… Tawaran jadi host itu pun baru sahaja sebulan dua dan habis shooting (penggambaran) bulan lepas,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Sebuah portal berita melaporkan bahawa Ujang telah mendapat imbuhan daripada kerajaan hari ini hasil lukisan karikaturnya yang menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Majalah Ujang yang pernah popular suatu masa dahulu.

Antara yang pernah menjadi mangsa lakaran kartun Ujang termasuklah Dr Mujahid Yusuf yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Agama.

Ujang didakwa ditawarkan projek menerbitkan 12 siri berkaitan dunia memancing di Tasik Kenyir yang menjadi mata pencariannya sekarang oleh TV Alhijrah, sebuah agensi milik kerajaan.

Advertisements

Sementara itu Ujang percaya, provokasi itu dimulakan oleh seorang ahli parti Amanah yang berdendam dengannya sejak 2019 dan kartun yang dibongkar itu adalah kartun editorial yang diterbitkan pada tahun tersebut.

Justeru, katanya, fitnah yang dilemparkan itu bertujuan memburukkan reputasinya semata-mata.

“Serangan demi serangan, artikel demi artikel dibuat untuk memburukkan reputasi saya. Hanya kepada Allah saya berserah. Semoga fitnah ini kembali kepada mereka,” katanya.

Ujang sebelum ini terkenal sebagai pelukis kartun untuk majalah humor terkenal Gila-Gila pada awal tahun 1990-an, sebelum dia menerbitkan sendiri majalah Ujang pada tahun 1993.

Bagaimanapun dia kemudian meninggalkan majalah Ujang selepas diambil alih oleh MOY Publications sebelum majalah itu dihentikan penerbitan pada 2015.

Sejak lima tahun terakhir ini Ujang dikatakan ‘berhijrah’ ke Terengganu dan mengusahakan rumah bot di Tasik Kenyir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan