Thursday, July 23, 2026

Kaji semula hubungan jika ‘kawan’ tidak hormati UMNO – Akmal

Mesti Baca

UMNO harus mengkaji semula hubungan dalam Kerajaan Perpaduan jika ada kalangan parti yang tidak mampu menghormati UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh ketika memberikan pandangan itu berkata, UMNO bukanlah sebuah parti yang boleh ditendang di sana sini sebaliknya mempunyai maruah.

Katanya, ketika Perikatan Nasional (PN) sebelum ini turut berlaku usaha parti kerajaan mencuri ahli-ahli UMNO untuk kepentingan parti mereka.

“Jika ada “kawan” yang dalam kerajaan sendiri tidak mampu nak hormat UMNO dan BN dengan nak ambil ahli parti kawan sendiri maka seharusnya kita perlu kaji semula hubungan ini 

“Dulu masa kerajaan PN,ada juga parti kerajaan sibuk nak curi ahli umno,kali ni ini jika berlaku maka pendirian kita perlu tegas 

“UMNO bukan parti yang boleh ditendang sana sini,kita ada maruah kita!,” tegas beliau.

Dr Akmal mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti-parti kerajaan agar menghormati UMNO dan BN.

Ini susulan timbul desas-desus ada usaha menarik Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tengku Zahrul Abd Aziz agar menyertai PKR.

Langkah tersebut sebagai jalan bagi melantik Tengku Zafrul sebagai Menteri Besar Selangor memandangkan jawatannya sebagai senator akan berakhir tahun depan.

Bagaimanapun Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, beliau patuh dengan titah Sultan Selangor yang mahukannya terajui negeri sehingga penggal ini berakhir. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan