26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Salah langkah terjah Rina Harun, teruk Fahmi kena kecam

Mesti Baca

CYBERJAYA – Teruk Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil kena kecam dengan netizen hari ini.

Puncanya kerana isu ciapan Twitter seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis mengoratnya melalui aplikasi WhatsApp.

Dalam tangkap layar ciapan yang tular melalui media sosial sejak kelmarin, wanita terbabit menyatakan seorang anggota polis mengambil maklumat peribadi termasuk nombor telefon semasa disoal dalam satu sekatan jalan raya.

Kemudian, dia dihubungi oleh anggota polis berkenaan melalui aplikasi WhatsApp dan menyatakan hasratnya untuk berkenalan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun menghubungi wanita itu melalui Twitter untuk mendapatkan maklumat lanjut.

fahmi
Gambar: Facebook Fahmi Fadzil

Berikutan isu itu, Fahmi dalam hantaran Facebook hari ini menyuarakan kekesalannya terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.

Beliau berpandangan, Rina sepatutnya menjadi individu pertama yang bersuara meminta siasatan sama ada berkaitan pelanggaran privasi, gangguan seksual atau lain-lain aspek untuk mendapatkan kepastian dalam isu tersebut.

“Di mana beliau? Terus diam seribu bahasa.

“Rang Undang-undang Gangguan Seksual yang sepatutnya beliau perjuangkan di Parlimen juga entah ke mana,” katanya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, ramai netizen yang tidak bersetuju dengan kritikan Fahmi terhadap Rina yang sedang popular dengan penampilannya yang terbaharu.

Sebahagian daripada mereka kesal dengan perbuatan Fahmi yang seolah-olah cuba mempolitikkan isu tersebut.

Ada juga yang bertanya sama ada perbuatan anggota polis terbabit bertanya jika dia boleh berkenalan dengan wanita berkenaan, sekiranya dakwaan itu benar, boleh dikategorikan sebagai satu bentuk gangguan seksual.

fahmi
Komen sebahagian netizen. Gambar: Tangkap layar Facebook Fahmi Fadzil

Segelintir netizen turut mempersoalkan apa motif wanita berkenaan menyiarkan tangkap layar mesej perbualan antara dirinya dengan anggota polis terbabit melalui Twitter.

Pada pandangan mereka, dia seharusnya melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya kurang selesa dengan perbuatan tersebut.

Apabila ciapan itu tular, sudah tentu tercetus pelbagai spekulasi dan tuduhan termasuk yang pukul rata mengecam PDRM.

Lebih membingungkan, bagaimana pula Rina boleh terjebak dalam hal ini sedangkan kementerian beliau tidak bertanggungjawab terhadap PDRM.

Lagipun, PDRM sudah memulakan usaha untuk menyiasat dakwaan wanita terbabit.

Biarlah PDRM tangani isu ini dengan menggunakan mekanisme yang ada di bawah peraturan tatatertib sedia ada. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan