27.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Belia Mahir sambut baik libatkan China dalam DPT 2.0

Mesti Baca

PERTUBUHAN Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) menyambut baik langkah kerajaan untuk melibatkan China bagi membangunkan kemahiran TVET dalam kalangan generasi muda di bawah Dasar Pandang ke Timur 2.0 (DPT 2.0).

Setiausaha Agungnya, Mohammad Rizan Hassan berkata, ketika pelbagai usaha digerakkan dalam membangunkan bakat kemahiran TVET dan melipatgandakan kompetensi tenaga kerja dalam pelbagai bidang, Malaysia harus berusaha untuk mempelajari apa jua yang dapat membantunya, termasuk dari China.

Beliau berkata, melalui inisiatif Belt & Road (BRI), China dapat menguasai pasaran dunia kerana semua sektor di negara itu bertindak sebagai satu perkongsian hinggakan mampu menawarkan latihan TVET percuma kepada dunia termasuk Malaysia.

“Salah satu bidang kejayaan negara China ialah teknologi. Sekarang negara China bukan sahaja dapat menandingi negara-negara maju di Barat, bahkan ia lebih maju dan berjaya dalam banyak bidang yang di mulakan dengan latihan TVET,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan berhasrat untuk menghantar pelajar Malaysia mengikuti pengajian bidang TVET di China selaras dengan DPT 2.0.

Katanya, perancangan itu adalah antara usaha kerajaan dalam memperkasa TVET negara selepas berhasrat menghantar lebih ramai pelajar Malaysia mengambil bidang tersebut di Korea dan Jepun.

Advertisements

Mohammad Rizan berkata, DPT 2.0 yang menekankan TVET ke China juga bakal melahirkan generasi pekerja masa hadapan Malaysia yang bekerja kuat, taat kepada majikan dan organisasi, bekerja dengan disiplin sebagai satu pasukan, berdedikasi dan bermotivasi.

“Kita tidak mempunyai banyak masa untuk disia-siakan. Kalau boleh kita mesti mencari cara singkat atau shortcut bagi mencapai sesuatu melalui peluang yang telah China hidangkan.

“Seperti kata pujangga fools learn from their own mistakes, wise men learn from other people’s mistakes, kita harus mempelajari daripada pengalaman orang lain,” katanya.

Beliau berkata, DPT 2.0 lahir daripada kenyataan kejayaan beberapa negara di timur Asia termasuk China.

Katanya, ketika dunia berhadapan dengan berbagai krisis seperti ekonomi, politik, keselamatan, dan lain-lain, cuma yang buta hati dan angkuh sahaja yang tidak sanggup menilai kelemahan diri dan belajar daripada mereka yang terbukti berjaya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan