32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

Maghribi dipilih sebagai Presiden UNHRC bagi tahun 2024

Mesti Baca

MAGHRIBI dipilih sebagai Presiden Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) bagi tahun 2024.

Daripada 47 ahli UNHRC, sebanyak 30 telah mengundi menyokong pencalonan Maghribi berbanding Afrika Selatan yang sekadar menerima 17 undi, menurut kenyataan Kementerian Luar, Kerjasama Afrika dan Ekspatriat Maghribi.

Menurut Agensi Berita Maghribi (MAP), kejayaan itu adalah isyarat jelas daripada masyarakat antarabangsa untuk pendekatan konstruktif kerajaan dan kepimpinan, termasuk dalam isu berkaitan agama, toleransi dan perjuangan menentang perkauman, hak untuk persekitaran yang sihat dan mampan, hak pendatang dan kesan teknologi baharu.

Advertisements

Di bawah kepimpinan Raja Mohammed VI, Maghribi telah memantapkan kedaulatan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia dalam Perlembagaan 2011 yang sekali gus menghasilkan momentum pembaharuan berterusan, termasuk mengukuhkan demokrasi, kesaksamaan jantina, penyertaan secara inklusif dan pemerkasaan belia.

Maghribi berhasrat untuk terus aktif bersama-sama ahli majlis dan semua kumpulan serantau bagi mengukuhkan dan mempromosikan kerja-kerja UNHRC. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Sindiket seludup PATI Bangladesh tumpas, lapan ditahan

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan...

Lagi Artikel Berkaitan