30.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Puasa tidak halang Maghribi benam pasukan no. 1 dunia

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

KEMENANGAN sensasi Maghribi ke atas Brazil ketika pemain menjalani ibadah puasa satu pengalaman yang cukup manis buat semi-finalis Piala Dunia 2022 itu.

Ketua jurulatih Maghribi, Walid Ragragui berkata kejayaan pasukannya menumbangkan  Brazil adalah momen yang membanggakan kerana dilakukan hanya beberapa jam selepas mereka berbuka puasa dan solat tarawih.

“Kami mengalahkan Brazil di bulan Ramadan, perlawanan selepas berbuka puasa dan solat tarawih, itu memang gila,” katanya.

Pasukan Maghribi membuktikan puasa bukan alasan untuk mereka tidak beraksi dengan bertenaga di atas padang.

Dalam perlawanan itu, gol pertama Maghribi dihasilkan Sofiane Boufal  pada minit ke-29 perlawanan.

Pemain tengah, Casemiro menyamakan kedudukan buat juara dunia lima kali itu dengan jaringan minit ke 67 sebelum Abdelhamid Sabiri mencipta sejarah buat Maghribi dengan melakukan rembatan deras dari sebelah tepi gawang sehingga menerjah jaring sekaligus menghadiahkan kenangan buat pasukan tuan rumah.

Kemenangan ini akan menjadi ingatan dalam sejarah bola sepak terutama mencipta kejayaan ke atas juara lima kali piala dunia dan pasukan yang berada ranking nombor satu dunia. – EDISI9

Terkini

Afidavit Zahid manifestasi usaha pembelaan terhadap Najib

TINDAKAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memfailkan afidavit tambahan bagi menyokong petisyen Datuk Seri Najib Razak berhubung kewujudan...

Lagi Artikel Berkaitan