32.9 C
Kuala Lumpur
Friday, June 2, 2023

Charles Santiago kembali sebagai Pengerusi SPAN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago yang juga aktivis hak asasi manusia dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), berkuatkuasa 20 Mac lalu.

Pengumuman itu telah di buat Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dengan kepemimpinan baharu itu, beliau berharap ia dapat membantu mencapai objektif agenda Transformasi Sektor Air 2040 (WST 2040).

“Saya percaya barisan ini akan mampu memacu SPAN untuk terus kekal menjadi sebuah organisasi yang progresif, proaktif dan disegani dalam pengawal seliaan perkhidmatan air di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berdasarkan pengalaman mereka dalam bidang kepakaran masing-masing.

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada barisan anggota suruhanjaya terdahulu yang sudah menjalankan tugas mereka dengan berdedikasi,” katanya.

Pelantikan Charles itu melengkapkan barisan kepemimpinan anggota suruhanjaya baharu SPAN bagi penggal 2023 hingga 2025.

Baca juga:   SPAN serbu ladang khinzir curi air secara haram

Beliau pernah dilantik ke jawatan tersebut pada 1 November 2018 sehingga 10 April 2020.

Pada masa sama, Nik Nazmi berkata, SPAN melalui warga kerjanya serta anggota suruhanjaya perlu bergerak secara sinergi dalam memastikan perkhidmatan air dapat dilestarikan melalui perancangan strategik, pengawalseliaan yang rapi serta penguatkuasaan terhadap Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Beliau berkata, ia penting dalam mendepani cabaran yang lebih getir terhadap perkhidmatan air pada masa hadapan. – Edisi 9

Baca juga:   SPAN tubuh JKTK teliti isu gangguan air di Kedah, P Pinang

Wartawan

Terkini

Rayuan petisyen Parlimen Putrajaya, Gua Musang didengar 19 Jun

MAHKAMAH Persekutuan menetapkan tarikh 19 Jun bagi mendengar rayuan Barisan Nasional (BN) mengenai dua petisyen pilihan raya yang difail...

Lagi Artikel Berkaitan