30.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Polis siasat video bunga api meletup atas tanah

Mesti Baca

POLIS sedang menjalankan siasatan berhubung insiden membabitkan letupan bunga api di atas tanah sehingga membahayakan orang ramai pada tengah malam tadi ketika sambutan tahun baharu 2024.

Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, Deputi Superintenden Azmi Mokhtar berkata, kejadian terbabit berlaku sekitar jam 12.01 tengah malam di Dataran Bandar Baharu, Kedah.

Menurutnya, insiden yang membabitkan letupan bunga api di atas permukaan tanah itu membahayakan keselamatan pengunjung, namun siasatan awal mendapati tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa berlaku.

“Semakan mendapati Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) tidak dimaklumkan atau menerima sebarang permohonan tentang pembakaran bunga api oleh pihak penganjur.

Advertisements

“Malah tiada sebarang permit dikeluarkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi memaklumkan, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM100 atau dipenjarakan tidak lebih dari sebulan atau kedua-duanya.

“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden terbabit, sehingga boleh menimbulkan kegusaran awam,” katanya.

Terdahulu, satu klip video berdurasi 15 saat tular memaparkan insiden di mana bunga api meletup di atas tanah, menyebabkan pengunjung bertempiaran lari. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan