Tuesday, July 21, 2026

Dah 2024 sikap warga kota masih di takuk lama

Mesti Baca

SETIAP kali sambutan tahun baharu, bandar raya Kuala Lumpur akan dibanjiri dengan sampah-sarap.

Ternyata sikap dan mentaliti warga kota masih ditakuk lama dengan beranggapan buang sahaja sampah di mana-mana nanti adalah petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang akan membersihnya.

“Apa guna kita membayar cukai kalau sampah pun mereka tak boleh kutip. Itukan kerja mereka?” Agaknya itulah antara mentaliti warga kota.

Pada masa yang sama mereka bukan main lagi menyanjung dan memuji tahap kebersihan dan keindahan bandar raya di luar negara, sedangkan mentaliti mereka amat berbeza.

Dan inilah keadaan sekitar ibu negara selepas sambutan ambang tahun baharu 2024 malam tadi. – Edisi 9

Berjualan atau membeli makanan dan minuman tidak menjadi masalah tapi janganlah buang sampah merata-rata. – Foto DBKL

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan