26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Lebih 25,000 mangsa banjir di 6 negeri, 35,000 akaun di Pahang terjejas bekalan air

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Sebanyak 14 Loji Rawatan Air (LRA) di Pahang tidak dapat beroperasi akibat banjir yang semakin buruk di negeri itu.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, penutupan loji itu menjejaskan sebanyak 35,000 akaun pengguna.

Menurutnya, SPAN telah membuat koordinasi bantuan mengatur lori-lori tangki agihan air terawat ke lokasi yang terjejas.

“Alhamdulillah, sebanyak 17 lori tangki telah digerakkan agar rakyat mendapat bekalan air bersih.

“Terima kasih Air Selangor, SAINS, Ranhill SAJ, SADA, SAMB, LAP dan PBAPP,” tulisnya di Facebook hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) meningkat kepada 25,017 orang setakat pukul 10 pagi, hari ini.

Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa dipindahkan itu melibatkan 6,657 keluarga.

Advertisements

Sebanyak 311 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di enam negeri terjejas melibatkan Pahang, Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan Terengganu.

Pahang merekodkan jumlah mangsa tertinggi dipindahkan iaitu 19,548 orang daripada 5,202 keluarga.

Sebanyak 248 PPS dibuka di sembilan daerah terkesan di Pahang dengan daerah Maran mencatat jumlah tertinggi iaitu seramai 4,506 mangsa.

Selain itu di Johor, seramai 4,205 mangsa dipindahkan ke 34 PPS di enam daerah terjejas.

Sementara itu, Kelantan dan Terengganu masing-masing mencatatkan jumlah mangsa banjir sebanyak 504 dan 188 orang.

Selangor dan Perak pula

mencatatkan 68 dan 504 mangsa.

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan