Thursday, July 23, 2026

Ahli Parlimen Maran sedang dirawat di IJN

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) di Institut Jantung Negara, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Menurut beliau, Ahli Parlimen dari Perikatan Nasional (PN) itu sedang mendapat rawatan rapi dan tidak boleh dilawati.

“Sebelum saya memulakan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, saya nak maklumkan sahabat kita, (Ahli Parlimen) Maran berada di CCU, IJN.

“Beliau (ketika ini) tidak boleh dilawati,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan itu Johari memohon semua ahli Dewan Rakyat agar mendoakan kesembuhan segera kepada Ismail

“Kita berdoa agar sahabat kita dilindungi Allah SWT dan sembuh segera,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan