28 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

UMNO masih menjadi harapan sebahagian rakyat di Kedah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMNO masih lagi menjadi lagi harapan sebahagian rakyat di negeri Kedah, kata Presidennya, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, walaupun UMNO tidak memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu di negeri Kedah, tetapi beliau percaya parti ini masih ada harapan di negeri ini.

“Saya memuji semangat serta kesungguhan kepimpinan UMNO Negeri Kedah yang berkumpul selama dua hari di Grand Alora, Alor Setar bagi memperhalusi kembali gerak kerja UMNO Negeri bagi mendapat dukungan rakyat di masa hadapan walaupun PRN baru berakhir tiga bulan lalu.

“Saya menyebut peri pentingnya, dalam ruang muhasabah sebegini untuk kita terapkan tiga perkara yakni Wahdatul Fikr, Wahdatul A’mal, Wahdatul Qalb atau kesatuan fikiran, kesatuan amal dan kesatuan hati.

Advertisements

“Biarlah hari ini menjadi titik tolak untuk kita bangkit dan bersedia menyahut cabaran mendatang dengan penuh keazaman.

“Biarlah hari ini, menjadi medan musyawarah untuk UMNO Kedah mencipta resolusi kejayaan di masa hadapan,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Terdahulu beliau hadir merasmikan Retreat Biro Politik UMNO di negeri Kedah.

Ujarnya, syabas buat semua dan beliau mendoakan yang terbaik buat seluruh Bahagian-Bahagian UMNO negeri Kedah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan