27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Pemandu BMW cedera, kereta terbabas di Plaza Tol Kajang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu berdepan detik cemas apabila kereta yang dipandu terbabas di Plaza Tol Kajang, Lebuh Raya Utara Selatan, awal pagi ini.

Akibat kemalangan itu, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas tersepit manakala dua penumpang lain tercampak keluar dari kenderaan tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.07 pagi

“Pemerhatian di lokasi mendapati kemalangan melibatkan sebuah sebuah kereta jenis BMW yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas.

Advertisements

“Pemeriksaan di dalam kenderaan itu mendapati terdapat tiga orang mangsa termasuk seorang penumpang wanita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pasukan bomba dan penyelamat menyerahkan mangsa yang tercedera kepada pihak Kementerian Kesihatan.

Menurut Ahmad Mukhlis, pemandu yang tersepit dan mengalami kecederaan pada kaki berjaya dikeluarkan oleh pihak Bomba dalam masa empat minit dengan menggunakan peralatan khas.

“Dua mangsa lain dilaporkan selamat dan kesemua mereka kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan