30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Komitmen media ditagih bersama kerajaan promosi pertanian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KOMITMEN besar ditagih dari pihak media untuk bersama dengan kementerian dan kerajaan dalam mempromosi dan meningkatkan kesedaran tentang isu berkaitan pertanian.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi Sesi Libat Urus bersama Ketua Pengarang Media di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur.

Mohamad berkata, pertemuan ini penting untuk memberikan gambaran yang jelas serta penerangan berkaitan dengan keadaan semasa sektor pertanian negara dan cabaran yang dihadapi ketika ini.

“Turut dibincangkan adalah mengenai pelan jangka masa pendek dan panjang yang telah diambil oleh kementerian bagi menjamin sekuriti makanan negara.

Advertisements

“Komitmen yang cukup besar ditagih dari pihak media untuk bersama meningkatkan kesedaran dna promosi tentang isu berkaitan pertanian melalui pelbagai saluran media, termasuk platform cetak, penyiaran dan digital,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini

Beliau berkata, kerjasama strategik dari kedua-dua pihak ini amat penting dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan sektor pertanian kepada negara.

Dalam masa sama katanya, ia juga dapat menangani sebarang salah tanggapan dan memperbetul sebarang penyebaran maklumat yang tidak tepat sehingga boleh menyebabkan berlaku kegusaran di kalangan orang awam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Nawawi

KESEMUA institusi pendidikan MARA (IPM) dicadang membudayakan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai usaha melahirkan generasi ulul-albab muda Islam, cerdik...

Lagi Artikel Berkaitan