27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Mesti Baca

TIMBALAN Ketua Menteri II Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lalu.

Setiausaha DAP Pulau Pinang, Lim Hui Ying, berkata jawatan yang dipegang Jagdeep sebelum ini iaitu Naib Pengerusi negeri diterajui oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang juga Timbalan Menteri Kewangan.

Hui Ying yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata, jawatan Sim sebagai Setiausaha Publisiti DAP negeri pula diambil alih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit Heng Lee Lee.

Advertisements

“Keputusan perubahan dalam tiga jawatan parti itu dibuat oleh Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang telah bermesyuarat pada 21 September lalu bagi membincangkan komposisi Jawatankuasa DAP Negeri pasca-Pilihan Raya Negeri ke-15,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, DAP Pulau Pinang akan memilih kepemimpinan negeri baharunya tahun depan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan