27.8 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Palestin: Malaysia konsisten kecam sikap kuasa besar – Anwar

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA konsisten mengecam sikap kuasa besar dan negara barat yang membiarkan kekejaman berterusan Israel terhadap Palestin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menerusi Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan beberapa pemimpin negara telah menghubungi rakan sejawat di dunia Islam dan serantau dalam usaha membantu meredakan tekanan penduduk Palestin khususnya di Gaza.

Katanya, dunia menyaksikan episod getir dan kelam namun rejim Israel itu berterusan melakukan serangan.

“(Serangan) itu diteruskan dan disahkan atau dibiarkan oleh kuasa besar pelopor demokrasi, kebebasan, liberalisme barat dan Amerika Syarikat. Itu sangat membingungkan

“Saya dalam dunia politik lama tetapi saya tidak terfikir akan muncul di zaman kini gelagat kelompok manusia sekejam itu,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau akan mengulas lanjut perkembangan mutakhir mengenainya di sidang Parlimen hari ini.

Beberapa ikhtiar dan inisiatif telah digerakkan antaranya menghulurkan sumbangan RM1 juta kepada rakyat Palestin sebagai tanda sokongan.

Manakala di pihak kepimpinan dunia Islam, Anwar dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan kerap berhubung membincangkan perkembangan semasa di rantau itu.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan