32.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 18, 2024

PRK Pelangai: PN capai prestasi baik walaupun kalah

Majoriti yang diperolehi oleh BN merosot daripada 4,048 dalam PRU 15 kepada 2,949 dalam PRK ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) telah menunjukkan pencapaian yang lebih baik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai walaupun kalah.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini berikutan kejayaan parti itu menambah jumlah undi yang diperoleh sebanyak 1,115 undi berbanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau percaya sepertimana trend dalam pilihan raya negeri dan siri pilihan raya kecil sebelum ini, tidak berlaku pemindahan undi yang ketara antara PH dan BN.

“Sebaliknya, apa yang berlaku ialah peralihan sokongan kepada PN, terutamanya dalam kalangan pengundi Melayu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau mengulas keputusan PRK DUN Pelangai yang menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti 2,949 undi.

Advertisements

Calon BN, Datuk Amizar Abu Adam berjaya mendapat 7,324 undi mengatasi calon PN, Kasim Samat (4,375 undi) serta calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli (47 undi).

Dalam PRU-15 lalu, Kasim yang tewas kepada Datuk Seri Johari Harun (BN) memperoleh 3,260 undi.

Muhyiddin berkata, keputusan di Pelangai juga jelas menunjukkan BN gagal menambah sokongan walaupun parti itu telah bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

Malahan katanya, BN-PH juga menggunakan seluruh jentera manakala segala sumber kerajaan dikerah secara terang-terangan untuk membantu kempen. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Dua lelaki cuba ceroboh Istana Negara ditahan

DUA lelaki warga tempatan ditahan selepas cuba menceroboh Istana Negara, Kuala Lumpur dengan alasan untuk berjumpa Yang di-Pertuan Agong,...

Lagi Artikel Berkaitan