27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

PRK Pelangai: 59 peratus keluar mengundi sehingga 2 petang

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 59 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah keluar membuang undi sehingga pukul 2 petang tadi.

Sebanyak 30 saluran dibuka di sembilan pusat mengundi dibuka Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak pukul 8 pagi tadi bagi membolehkan pengundi menjalankan kewajipan mereka.

Bagi PRK DUN Pelangai, seramai 16,456 pemilih layak mengundi hari ini sementara 36 anggota polis telah menunaikan kewajipan pada 3 Oktober lalu manakala baki tiga lagi merupakan pengundi luar negara.

Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh ketika meninjau perjalanan PRN DUN Pelangai di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) (LKTP) Felda Chemomoi, Bentong berkata, pihaknya menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini mampu mencapai 70 peratus.

Advertisements

Menurut beliau, berdasarkan tren pengundian semasa, sasaran yang ditetapkan SPR mampu dicapai.

“Dari segi pengundi, saluran anak muda begitu memberangsangkan. Kita lihat pengundi datang awal dan beratur panjang.

“Kalau yang sudah, orang muda ini lewat sikit (mengundi), di sini saya lihat ada satu semangat perubahan, yang mana kita lihat anak-anak saluran empat dan lima begitu semangat mengundi,” katanya.

SPR dalam pada itu giat berkempen di media sosial rasminya bagi menggalakkan lebih ramai pemilih yang layak untuk keluar mengundi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan