32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

JKDM Pahang tumpas sindiket seludup rokok bernilai RM3.2 juta

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pahang berjaya mematahkan cubaan sindiket seludup rokok selepas merampas sebanyak 4.8 juta batang rokok putih bernilai kira-kira RM3.2 juta.

Pengarah JKDM Pahang, Mohd Asri Seman berkata, berdasarkan maklumat awam satu serbuan dilakukan pada pukul 2.20 petang 13 September lalu terhadap sebuah lori berhampiran simpang masuk ke Estet Simpai dekat Kilometer 57.6 Lebuh Raya Kuantan-Segamat di Pekan.

“Hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan mendapati lori yang dipercayai dalam perjalanan dari pantai timur menuju ke selatan tanah air itu membawa muatan rokok yang disyaki barang larangan import.

“Susulan itu juga seorang pemandu berusia 40-an ditahan untuk siasatan lanjut,”katanya memetik laporan Kosmo.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di Dewan Dato Hazri, Wisma Kastam Sultan Ahmad Shah, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan lanjut mendapati rokok yang ditemui berkenaan bernilai RM384,000 dengan nilai keseluruhan termasuk jumlah duti atau cukai dianggarkan sebanyak RM3.2 juta.

Advertisements

“Nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan sebanyak RM3.65 juta,”katanya.

Dalam pada itu, katanya, modus operandi sindiket tersebut adalah dengan menggunakan lori bertutup.

“Lori berkenaan akan bergerak aktif pada waktu puncak bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan melalui laluan Lebuh Raya Kuantan-Segamat bagi tujuan pengedaran rokok di kawasan selatan tanah air,”katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barang atau RM100,000 atau yang mana lebih tinggi atau penjara tidak kurang enam bulan.

Sementara itu beliau meminta orang ramai membantu pihak kastam memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan