27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Usaha bawa pulang dua tahanan Guantanamo dipercepat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN Malaysia kini berusaha untuk membawa pulang warga Malaysia yang ditahan di Penjara Guantanamo Bay, Cuba.

Jaminan itu disuarakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sewaktu pertemuan dengan Wakil Khas Hal Ehwal Guantanamo, Tina Kaidanow di New York baru-baru ini.

Beliau berkata, ini adalah pertemuan keduanya dengan TYT Tina Kaidanow serta pertemuan susulan daripada lawatan ke Guantanamo Bay.

“Saya telah bertemu sendiri dengan kedua-dua warga Malaysia yang ditahan di sana. Kisah mereka membuatkan saya benar-benar tersentuh.

Advertisements

“Ini bertitik tolak tentang kehidupan, tentang keinsafan, tentang peluang menjadi insan yang lebih baik.

“Insya-Allah, kita akan usaha mempercepat urusan mereka kembali ke Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau di sini.

Dua rakyat Malaysia itu adalah Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, pada Ogos 2003.

Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) sebelum dipindahkan ke Teluk Guantanamo pada 2006. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan