22.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 14, 2025

Tiada alasan gagal ambil tindakan ke atas anak buah – Ayob Khan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEMUA penyelia Polis Diraja Malaysia (PDRM) wajib bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pegawai atau anggota di bawah seliannya serta mengambil tindakan ke atas mereka jika wujud salah laku.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, terdapat peningkatan dalam kes salah laku dalam kalangan pegawai dan anggota polis sejak kebelakangan ini.

Katanya, ia memerlukan ketegasan serta keberanian dalam penyeliaan melalui kaedah close monitoring.

“Tiada lagi alasan penyelia untuk tidak ambil tindakan ke atas pegawai dan anggota yang terlibat dalam salah laku kerana mahu popular atau menjadikan aspek esprit de cops sebagai keengganan mengambil tindakan tegas.

“Bukan sekadar tindakan, malahan teguran juga tidak diambil kerana tidak ada keberanian dan ketegasan”, katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Negara anjuran Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Dewan Theatrette, Bukit Aman, hari ini.

Ayob Khan turut memberi amaran akan mengambil tindakan terhadap mana-mana penyelia dalam pasukan jika gagal melaksanakan arahan KPN berhubung ‘penguatkuasaan menyeluruh’ ke atas Peraturan 3C Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Sementara itu, mengulas dakwaan kononnya polis tidak menjalankan tugas secara profesional atau siasatan serta tangkapan terpilih, beliau menasihati anggota agar tidak takut, bimbang atau gusar tentang dakwaan nakal tersebut.

“Selagi kita mengikut undang-undang, prosedur operasi standard dan ikhlas dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab kita ‘without fear or favour’, kita tidak perlu bimbang.

“Kita bukan nak jadi popular, bukan nak jadi artis atau takut kehilangan pengikut Facebook, Instagram (atau) TikTok. Terus tegas, ikhlas dan profesional dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita,” tambahnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

93,625 duduki ujian masuk MRSM, untuk isi 8,909 tempat 

SERAMAI 93,625 pelajar telah menduduki Ujian Kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (UKKM) untuk mengisi 8,909 tempat bagi pengambilan...

Lagi Artikel Berkaitan