27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

MIC, Makkal Sakti jalin kerjasama satukan masyarakat India

Mesti Baca

MIC mengesahkan bakal menjalinkan kerjasama dengan Parti Makkal Sakti Malaysia (Makkal Sakti) bagi tujuan mengutamakan hala tuju masa depan masyarakat India di Malaysia.

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, kerjasama dengan Makkal Sakti itu adalah bagi memastikan isu berkaitan kaum India menjadi keutamaan parti dan dibawa kepada perhatian kerajaan.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Ibu Pejabat MIC selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC), semalam.

Vigneswaran berkata MIC akan menganjurkan perhimpunan aman selepas solat Jumaat minggu hadapan di kedutaan India, di sini.

Advertisements

Beliau berkata perhimpunan itu susulan kenyataan seorang menteri dari Tamil Nadu, India yang menyentuh sensitiviti agama Hindu.

“MIC akan membuat perhimpunan aman serah memorandum kepada kedutaan India dan Kementerian Komunikasi dan Digital untuk memastikan filem lakonan menteri yang juga seorang pelakon itu dihalang daripada disiarkan di Malaysia.

“Malaysia sebuah negara majmuk, banyak agama lain dan masyarakat kita sensitif isu berkaitan agama bukan sahaja agama Islam tetapi agama lain juga,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan