Friday, June 5, 2026

Almalena Sharmila dilantik Peguam Cara Negara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

DATUK Almalena Sharmila Johan dilantik sebagai Peguam Cara Negara bagi menggantikan Ahmad Terrirudin Mohd. Salleh berkuatkuasa 2 Oktober ini.

Ahmad Terrirudin yang baharu dilantik sebagai Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, Datuk Suzana Atan pula dilantik sebagai Peguam Cara II.

“Pelantikan ini selaras dengan Arahan Pertukaran Pegawai Undang-Undang Bilangan 107 dan 108 bagi 2023.

“Pelantikan ini adalah berkuatkuasa mulai 2 Oktober. Seluruh warga Jabatan Peguam Negara mengucapkan tahniah atas pelantikan ini,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Terrirudin dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa mulai 6 September lalu bagi menggantikan Tan Sri Idrus Harun yang kontraknya berakhir awal bulan lalu. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan