27.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Leher mayat mangsa bunuh Jalan Bangsar dikelar

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Mayat lelaki yang mengakibatkan penutupan Jalan Bangsar selama sejam pagi ini ditemukan dalam keadaan mengerikan apabila terdapat kesan kelar pada lehernya.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin@Hilmi berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada pukul 5.38 pagi.

Berikutan itu katanya, sepasukan polis dikejarkan ke lokasi kejadian dan mendapati mangsa sudah meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemui sebarang pengenalan diri dan dipercayai berusia 30-an,” katanya yang dipetik Harian Metro, hari ini.

Penemuan itu mengakibatkan laluan di Jalan Bangsar ditutup kira-kira sejam bagi memberi ruang pasukan forensik melakukan siasatan.

Advertisements

Zairulnizam berkata, siasatan lanjut pasukan forensik mendapati mangsa mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Ujarnya, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian kini sedang dijalankan, polis juga sedang mengesan keluarga atau waris mangsa. 

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung mangsa boleh menyalurkan kepada polis,” katanya.

Sementara itu, Zairulnizam menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan