Friday, June 5, 2026

Hari Kebangsaan: Gelagat ceria Tunku Azizah jadi tumpuan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PENUH CERIA… SENYUM SENTIASA..

Itulah gelagat yang ditampilkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang menjadi tumpuan ketika menyaksikan persembahan sempena Hari Kebangsaan 2023.

Telatah Tunku Azizah tersebut menterjemahkan personaliti Baginda yang sentiasa dekat di hati rakyat.

Sepanjang sambutan Hari Kebangsaan kali ini, Tuanku Azizah dilihat sentiasa memberikan sokongan kepada setiap kontinjen dengan melambaikan tangan selain mengibarkan Jalur Gemilang.

Tuanku Azizah ceria sewaktu menyaksikan persembahan pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Tunku Azizah juga dilihat tidak lupa mempamerkan aksi ‘trademark’ Baginda iaitu ‘mini love’ kepada kontinjen yang melakukan perbarisan lintas hormat di hadapan khemah diraja.

Telatah Baginda secara spontan tersebut pastinya mencuit hati rakyat yang hadir.

Sambutan tahun ini melibatkan lebih 17,000 peserta dan 66 kontinjen yang menjayakannya berteraskan “Kepelbagaian Dalam Perpaduan”

Pada tahun ini, Putrajaya telah sekali lagi dipilih sebagai lokasi sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan kali kelima diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan selepas tahun 2003, 2005, 2018 dan 2019. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan