26.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

Keputusan pengundian PRN enam negeri diwartakan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mewartakan keputusan dan penyata pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, semalam.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pewartaan itu meliputi PRN di enam negeri bagi Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

“SPR ingin memaklumkan bahawa keputusan dan penyata pengundian PRN ke-15 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan serta PRK Parlimen P.036 Kuala Terengganu telah disiarkan dalam warta pada 29 Ogos.

“Ini selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

PRN dan PRK Kuala Terengganu diadakan serentak pada 12 Ogos dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 29 Julai manakala bagi pengundian awal, tarikh ditetapkan ialah pada 8 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh dalam sidang media 13 Ogos lalu memaklumkan, Terengganu mencatat peratusan keluar mengundi tertinggi dengan 74.79 peratus.

Katanya, ia diikuti Kedah dengan 73.86 peratus, Pulau Pinang (72.67 peratus), Selangor (72 peratus), Negeri Sembilan (68.35 peratus) dan Kelantan (60.96 peratus).

Keputusan PRN menyaksikan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menang majoriti di tiga negeri seperti Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang sementara Perikatan Nasional (PN) menakluk Kelantan, Terengganu dan Kedah. – Edisi9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan