Wednesday, July 22, 2026

Pekerja kilang maut, dihempap forklift

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pekerja kilang maut selepas dihempap forklift di sebuah kilang di Bukit Raja, Klang, Selangor.

Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala maut di lokasi kejadian.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.35 tengah malam tadi.

“Setibanya di lokasi, bomba mendapati seorang lelaki berusia 18 tahun terperosok di bawah jentera berat tersebut.

“Mangsa mengalami cedera parah di bahagian kepala.

“Bomba mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) namun disahkan telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, siasatan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan punca kejadian masih dalam siasatan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan