30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Kereta terbakar, pemandu sesak nafas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki berdepan detik cemas selepas kereta dinaikinya terbakar dalam kejadian berlaku berhampiran sebuah pusat beli-belah di Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) Presint 12, Putrajaya.

Akibat kejadian itu pemandu kereta jenis Kia Optima berkenaan telah mengalami sesak nafas.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.32 tengah malam tadi.

“Setibanya bomba di lokasi mendapati terdapat kebakaran melibatkan sebuah kereta jenis Kia Optima yang terbakar 95 peratus.

Advertisements

“Terdapat seorang mangsa lelaki berbangsa India berumur lingkungan 40an telah mengalami sesak nafas dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan itu berkata, mangsa kemudiannya telah dibawa ke hospital oleh orang awam.

“Api berjaya dipadamkan oleh pihak bomba sejurus selepas itu,” katanya.

Ujar kenyataan itu, punca kejadian itu masih dalam siasatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan